Set Kaedah Cepat Membaca Bacalah Sayang

0$

E Book percuma sempena promosi pembukaa. ZaraServ

Category: Tags: ,

Description

INFO BUKU DIGITAL:
Buku BACALAH SAYANG memperkenalkan satu “Formula” dan cara yang sistematik untuk membina kemahiran bacaan secara cepat dan tepat tanpa perlu mengenal keseluruhan abjad A-Z terlebih dahulu. Kaedah ini disusun berdasarkan konsep terus membaca dengan satu huruf satu hari melalui kaedah suku kata.
Buku ini dihasilkan atas kesedaran:
1. Bahawa Bahasa Malaysia merupakan bahasa yang paling mudah dipelajari jika terdapat satu kaedah yang sistematik.
2. Wujudnya masalah yang dihadapi oleh guru tahun satu khasnya dan guru-guru amnya tentang kaedah untuk mengajar murid-murid membaca dan menulis dengan cepat dan tepat, sebelum mengajarkan kemahiran bahasa yang lain.
3. Bahawa kemahiran bacaan seharusnya dibina secara konkrit melalui proses kenal huruf suku kata perkataan ayat dan seterusnya membaca petikan dengan intonasi yang betul.
4. Bahawa kaedah tradisi, menghafal dan mengenal kesemua huruf abjad dahulu sebelum boleh membaca, membuang masa dan membunuh minat murid-murid untuk menguasai kemahiran bacaan.
5. Menginsafi masalah guru dalam penyediaan bahan tersusun ke arah mengajar murid-murid menguasai kemahiran bacaan dan cekap menulis dalam jangka masa yang pendek agar dapat menguasai kemahiran yang lain dengan penuh minat dan berkeyakinan.
6. Bahawa buku ini amat sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Malaysia Tahun Satu khasnya dan Kelas Pemulihan untuk membasmi buta huruf.
7. Bahawa buku ini boleh juga dijadikan sebagai bahan ujian pengesanan untuk menilai tahap penguasaan dan kesukaran murid dalam menguasai kemahiran bacaan kerana bahan bacaan disusun berperingkat-peringkat.

enjoy more than 50% discount for all product - Shop now ! Dismiss